Thursday, September 29, 2011

Teras Perpaduan 1Malaysia

Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL



1. PRINSIP PENERIMAAN
1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaandi mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan.

Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.


2. PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini

Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perlembagaan Persekutuan Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripadakamus Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat.

Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3.

Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1) menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.
Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.

Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.

Oleh yang demikian, usahlah mana- mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.

Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yangtelah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.

Rukun Negara
Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.


3. PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.


Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia dan Biro Tatanegara

Wednesday, October 28, 2009

The Digital Ages of Man

Pada masa yang lalu, digital adalah sesuatu teknologi yang agar susah dipelajari hanya sekadar orang saja yang tahu dan mampu dimiliki. Tetapi pada masa sekarang, bagi budak yang berumur 4 tahun sudah tahu menggunakan komputer untuk melukis, mewarna dan bermain game. Menurut kajian yang dibuat, budak-budak sekarang semakin cerdik jika dibandingkan dengan dulu.

Tuesday, October 20, 2009

Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Grandparent and Grandchildren Living in UK through Computer Mediated Communication

Reseach on grandparenthood over the last two decades shows that the relationship between grandparents and grandchildren (GP-GC) is seen as positive and important by both generations.


The latter model will be used as a basis for understanding the GP-GC relationship. This model identifies a number of stereotypes of older persons, some of them are negative (e.g., despondent, self-centred) while some are positive (e.g., small town neighbour, liberal matriarch/patriarch). Negative stereotypes led communication breakdown, as the younger generation tends to 'over accommodate' (e.g., overtly polite, ideologically simple) and the older generation 'unaccommodating' (e.g., talking in a patronizing way), producing dissatisfactory communication for both parties.


According to Ministry of Higher Education 2007, number of Malaysians choosing to study overseas will increase due to the MOHE new mission to ensure at least 75% of the lecturers in the public institutes of higher education possess the Doctor of Philosophy qualification and its equivalent, and 30% of the lecturers in the polytechnics and community colleges possess the Masters' Degree and PhD and their equivalent .


Age of the grandchildren is a significant negative correlation between the number of living grandparent. The findins from (Hopflinger 2006) estimated that 99% of Swiss grandchildren at the age of 40 do not have any living grandparents. So, based on this forecast we can assume that quite a number of Malaysians in UK still have their grandparents in Malaysia. As Creasey and Kalher 1994, mentioned that older grandchildren express less desire to contact with the grandparent. This is because as the children grow, their relationships with others change. When the children start entering primary school, they spend a great deal of time with other children. So, this could be worse if it is a long distance relationship.


Malaysian older people and internet... at present, majority of the Malaysian older adults have no use of the Internet. Majority of the Internet subcribers are students and working professionals. Even so though the older people do not subcribe to the Internet, majority of them live in a house with computer and Internet connection. In order to train Malaysian older people one needs to consider the cultural aspect too. Older adults learning in Malaysia are informal and experienced, and the learning is communal and currently much of the learning is religious or spiritual in orientation. Malaysia government has provided a training program called Program Latihan ICT Desa or Village ICT Training Program for bselected Internet centre in selected village (not necessarily for older persons only) to promote the use of computer and Internet for the village . Older people have difficulties in controlling their motor funtion primarily manifested with input devices (Mayhorn 2004). There are some applications that have been devoloped using touch screen or table pc to support communication with older persons and their families aboard. They prefer to use touch screen compared with to use mouse, however touch screen is expensive compare to mouse.


Nations of social presence and media richness are central to the understanding of communication media use. In a study of GP-GC relationships of 408 grandparents spanning four European countries (UK, Spai, Finland and Estonia), when grandparents lived far away from their grandchildren, they were willing to use mediated communication technology, i.e.,mobile phones with their SMS features and emails. However, other studies pointed out that the choice of media need to be considered carefully as some media can sway towards certain stereotypes of inter-group behaviour. Video also is a part of recommendation for long distance relationship with the family members, naturally everybody would like to see their family members regularly. In this study the grandparents will be assisted by other family members, GP and GC will meet online using video conference.

Thursday, July 30, 2009

communicating for new age..highly-cherished........

sememangnya zaman dah berubah.......berubah menuju ke arah globalisasi era ICT..alaf baru!!!!
tak kira dimana , siapa sahaja..mobile phone mesti ada di sisi seseorang....ini dah jadi suatu kebiasaan dalam kehidupan harian kita, keluar dari rumah tanpa membawa mobile phone akan berasa tidak selesa, risau , macam kehilangan sesuatu, putus jaringan dengan dunia...walaupun ada public phone di tepi jalan tetapi semua contact list ada dalam h/p, apa gunannya public phone ??????????

Saya adalah Generation X........

Generation Y.., saya amat hairan dengan generation ini,,,sebab gang-gang ini memang bijak terhadap ICT. Mereka sms tanpa melihat key board...